Monday, September 6, 2010

BAGAIMANA MENYUMBANG???

PEMBIAYAAN / PENAJAAN SEPENUHNYA KOS PEMBINAAN
Pihak jawatankuasa bersetuju jika ada pihak yang merancang untuk menaja mana –mana unit bangunan dan bercadang untuk menamakan bangunan tersebut dengan nama-nama yang di kehendaki seperti nama sebuah badan korporat atau nama individu.

MEMBEKALKAN BAHAN BINAAN
Mana-mana pihak boleh menyumbangkan bahan binaan yang bersesuaian seperti atap, simen atau melakukan pendawaian elektrik atau menyelenggara bangunan mengikut spesifikasi yang di tetapkan.

MENAJA /MEMBELI PERABOT
Kami juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menaja atau membeli perabot dan kelengkapan pejabat dan pembelajaran untuk menjadikan SAR Al-Amin ini sebuah tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu.

KEWANGAN
Pihak SAR Al-Amin juga menyediakan kupon berharga RM 2 dan RM 5 untuk menambah dana sekolah ini.

No. Akaun

22-040-1222372 (Bank Rakyat Malaysia Berhad)

Kiriman Cek/Wang Pos/Draf Bank hendaklah di bayar atas nama SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA) AL-AMIN
dan di kirimkan ke bersama borang ini [klik untuk mendapatkan borang]SUMBANGAN UMUM
Kami juga menerima apa jua sumbangan umum untuk tujuan pembiayaan SAR Al-Amin ini. Untuk tujuan itu, anda boleh berhubung dengan salah seorang penama berikut:

Tn. Hj Muhamad Yusof bin Yahya
Pengerusi (019-9110181)

Ust. Ishak bin Muda
Timb. Pengerusi (019-9886414)

En. Shafie bin Abd LatifSetiausaha (013-9388784)

Thursday, September 2, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Monday, August 23, 2010

MUQADDIMAH

SAR Kafa Al-Amin adalah bekas tapak Pejabat Jualan dari Pemaju yang telah dibaikpulih oleh penduduk setempat pada 2005. Ianya telah beroperasi di Atabara Perdana, Bandar Indera Mahkota, IM 2, 25200 Kuantan.

Rancangan Pembinaan Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Al-Amin telah di bincangkan oleh Jawatankuasa dalam tahun 2005. Rancangan pembinaan yang diluluskan adalah untuk tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2010 hingga tahun 2015. Pihak Jawatankuasa merancang untuk membina :

1. Dua blok akademik untuk memuatkan 1080 orang pelajar
2. Satu blok pentadbiran
3. Satu blok kokurikulum, makmal komputer dan sebagainya
4. Dewan makan atau kantin untuk gunasama pelajar lelaki dan perempuan
5. Perabot, lengkapan dan lain-lain prasarana.
Related Posts with Thumbnails

QURAN